KUALA LUMPUR - Susulan hasrat jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei bersara pada penghujung tahun ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui perlu bekerja lebih kuat untuk melahirkan pemain berkaliber yang mampu menyaingi pencapaian pemain nombor satu dunia itu.
Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata jika Chong Wei tekad untuk 'menggantung raket', cabaran buat barisan pemain muda, pelapis dan jurulatih sedia ada ialah untuk bekerja lebih kuat di bawah sistem baharu badan itu.
"Secara fizikal Lee Chong Wei masih boleh bermain, bagaimanapun mungkin kerana faktor usia, dengan masa latihan yang panjang dan kejohanan yang tidak putus-putus beliau merasa sudah tidak larat," katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BAM dan syarikat telekomunikasi XOX Berhad di Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini hari ini.
BAM diwakili Tengku Mahaleel dan Setiausaha Kehormat Ng Chin Chai manakala XOX Berhad diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Eddie Chai dan Pengarah Urusan Ng Kok Heng.
Majlis itu turut disaksikan pemain BAM, antaranya Chong Wei, beregu Goh V Shem-Lim Khim Wah dan perseorangan Chong Wei Feng.
Mengulas lanjut, Tengku Mahaleel berkata beliau masih belum berbincang dengan Chong Wei mengenai kenyataan ingin bersara pemain itu, namun berharap pemain nombor satu dunia itu akan menimbangnya semula.
Sementara itu, seorang anggota jawatankuasa BAM berkata, keringat Chong Wei sebenarnya masih diharapkan untuk Olimpik 2016.
"Namun tidak adil untuk meletakkan harapan emas padanya (Chong Wei), mungkin sekadar untuk meraih pingat," kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan itu.
Ditemui pemberita selepas majlis itu, Ching Wei berkata, kesuntukan masa bersama keluarga dan tekanan yang diberikan buat dirinya sendiri untuk mencapai keputusan terbaik mendorong beliau untuk bersara.
"Saya akan lihat semula prestasi saya hujung tahun ini dan tengoklah selepas itu macam mana," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.
Pada majlis berasingan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau menghormati keputusan Chong Wei dan menyifatkan hasrat untuk bersara itu adalah adil bagi pemegang perak Olimpik berusia 32 tahun berkenaan. - Bernama

0 Komentar untuk "Chong Wei bersara: BAM akui perlu kerja lebih kuat"