ONLINE NOW

Kanak-kanak istimewa, Nur Damia Irsalina Live

Nur Damia Irsalina Daeng Malis, anak istimewa yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan



HULU TERENGGANU 19 Jan 2014 - Visual nyanyian lagu Something More oleh kanak-kanak Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, yang dirakamkan ketika rakaman video temu bual bersama beliau dan kedua-dua ibu bapanya di rumah mereka di Kuala Temelong di sini. - UTUSAN ONLINE/NURULANUAR MANAOR

Saudara, saya hentikan buat seketika laporan ini buat sementara waktu untuk membuat persediaan bagi rakaman video bersama Nur Damia Irsalina, para guru dan rakan-rakannya di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu di sini esok.

Laporan ini akan saya sambung kembali selepas selesai penggambaran tersebut. 

Bagi mendapatkan sedikit gamabaran mengenai video bertajuk Semangat, Senyuman Damia yang akan kami muat naikkan sedikit masa lagi, saksikan prebiunya yang bertajuk Lagu Damia di pautan ini Video Utusan @ TVU

Anak comel yang dilahirkan dengan sindrom Tetra-Amelia ini dengan selamba sambil tersenyum sinis berkata: "Saya tidak mahu rawat pakcik sebab saya mahu jadi doktor haiwan bukan doktor macam walid (ayahnya, Daeng Malis).

"Doktor haiwan mana boleh rawat manusia!" jelas Damia.
Anak kecil yang amat murah senyuman ini dengan lembut tapi tegas menjawab, "tidak mahu" - jawapan amat mengejutkan saya.

Mungkin kerana tidak mahu melihat saya berkecil hati, Damia memberikan penerangan kenapa dia tidak mahu merawat saya.

Mahu tahu apa alasan anak ini?
Gadis cilik ini seorang kanak-kanak yang panjang akal, ceria dan "happy go lucky".

Begitu bijak anak ini sehinggakan saya dikenakan oleh Damia ketika bertanyakan cita-citanya.

Kisahnya begini, ketika ditanya apa cita-cita beliau bila dewasa kelak, Dania dengan penuh bersemangat menjawab "Doktor".

Ingin memanjangkan perbualan, saya seterusnya bertanyakan sama ada Damia sudi merawat saya sekiranya sakit pada ketika itu.
Gadis yang bermata bulat dan bercahaya ini pada mulanya agak pemalu dan agak keberatan untuk bercakap dengan saya mungkin juga kerana itu kali pertama dia berjumpa saya.

Namun, selepas saya memberikan hadiah pensel warna, warna lilin, buku lukisan dan buku mewarna kepada beliau, kami mula berbual bagaikan sudah kenal lama.
Kata-kata Vujicic amat benar sekali.

Ketika tiba ke rumah keluarga Daeng Malis, saya dan juruvideo, AZREEN SURANI, dapat mendengar suara tawa Damia yang sedang bermain dengan dua kakak dan adiknya.

Daripada suaranya itu, siapa pun tidak akan menyangka bahawa pemiliknya merupakan seorang anak yang istimewa.
Dalam entrinya itu Vujicic turut menyatakan bahawa amat mengagumi ibu bapa Damia kerana mereka sama seperti kedua-dua ibu bapanya.

Kedua-dua Daeng Malis dan Rosnaini mempunyai semangat yang amat jitu dan sentiasa tersenyum serta tidak pernah berasa kecewa dengan keadaan Damia.

Malah, apa yang lebih mengagumkan ialah kedua-dua pasangan yang sentiasa ceria ini berasa amat bangga memiliki Damia dan menganggap diri mereka adalah ibu bapa yang beruntung kerana dipilih Allah untuk menerima anugerah yang paling berharga.
Vujicic memuatnaikkan satu entri di laman sosialnya itu pada 31 Ogos 2013 lalu kerana menurut beliau, gadis genit dan kedua-dua ibu bapanya, Dr. Daeng Malis Ab. Kahar dan Rosnaini Mohamad ini amat mengagumkan.

Tambahan pula, gadis yang mempunyai jelingan tajam yang amat memikat ini punya satu persamaan dengan Vujicic iaitu merela berdua merupakan insan yang amat istimewa.

Seperti Vujicic, walaupun Damia dilahirkan tanpa kedua-dua kaki dan tangan, kanak-kanak ayu ini tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Anda bersama saya, ANUAR MANSOR yang kini berada Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.

Saya berada di sini untuk bertemu secara bersemuka dengan adik Nur Damia Irsalina Daeng Malis, yang berumur tujuh tahun.

Namanya indah, orangnya manis. Pertama kali saya mengetahui mengenai Damia, ialah melalui laman facebook pakar motivasi terkenal, Nick Vujicic.

Jabatan Kesihatan negeri akan terus pantau perkembangan Nur Damia 




NUR Damia Irsalina menunjukkan cara menulis dan melukis menggunakan kaki di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong, Kuala Terengganu, semalam.

HULU TERENGGANU 6 Jan.
 - Jabatan Kesihatan negeri akan terus memantau perkembangan Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, terutama berkaitan aktiviti yang dilakukannya di sekolah bagi membantu meningkatkan keupayaan kanak-kanak istimewa itu berdikari.

Kerusi roda murid istimewa

HULU TERENGGANU 2 Jan. - Kerajaan negeri akan menggunakan kepakaran warga Kolej Universiti Tati (TATIUC) bagi membantu mencipta kerusi roda pelbagai fungsi untuk murid istimewa di negeri ini pada masa depan.

20,576 murid tahun satu mulakan sesi persekolahan di Terengganu 

GHAZALI Taib (kanan) beramah mesra dengan murid istimewa, Nur Damia Irsalina, 7 yang ditemani ibunya, Rosnaini Mohamad (dua dari kanan) pada hari pertama sesi persekolahan di
SK Kuala Telemong, Terengganu, semalam.
HULU TERENGGANU 1 Jan. - Seramai 20,576 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan di 350 sekolah rendah di seluruh negeri ini hari ini termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setengge di sini yang baharu dibuka.

Kak Nik curi perhatian murid, guru di SK Telemong 


Guru kelas 1 Syafie, Nuzaimah Lokman membantu Nur Damia Irsalina untuk menulis sambil berbaring semasa sesi pembelajaran di SK Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam. - Bernama
HULU TERENGGANU 1 Jan. - Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, bangkit awal pagi hari ini dan terus meminta pakaian seragam yang dibelikan ibunya, seakan tidak sabar untuk ke sekolah.

- LIVE UTUSAN MALAYSIA

      0 Komentar untuk "Kanak-kanak istimewa, Nur Damia Irsalina Live"

       
      Copyright © 2014 Berita Gempak - All Rights Reserved
      Template By Catatan Info